World Designer telah berada dalam industri lebih kurang 10 tahun, dan kami secara peribadinya sudah hampir 10 tahun pengalaman dan sedikit sebanyak faham selok-belok dalam dunia GRAFIK secara online dan offline. Selama ini jugalah kami perbaiki hasil kerja kami supaya mencapai piawai yang kami tetapkan. Harus menjadi pelopor dalam industri!
Apa yang World Designer buat?
Servis Grafik
World Designer juga ada menyediakan servis reka grafik untuk keperluan Online & juga Offline dengan harga berpatutan. Apa yang penting rekaan mestilah menepati ciri-ciri, citarasa pelanggan kami selain eye catching & convert.
COURSE (Online & Offline):
Selama hampir 6 tahun kami mengajar bengkel/seminar & beberapa coaching Banyak pengalaman yang kami dapat selain dapat sharing dengan rakan-rakan hebat yang lain. Sudah tiba masanya kami bangunkan portal pembelajaran WD Studio Online Course ini. Dengan harapan semua orang boleh belajar dengan mudah.
Material/Produk:
Kami juga menyediakan bahan/material yang berkaitan untuk memudahkan kerja-kerja marketing ataupun design anda. InsyaAllah akan ada banyak lagi siri produk yang akan dikeluarkan.

Izuan Bakar & Azizul Azizan
" Ilmu yang kami bakal berikan adalah berdasarkan apa yang kami guna pakai selama ini. TIADA RAHSIA dan ia bakal didedahkan khas kepada anda yang berminat. "
" Berdasarkan pengalaman kami mengajar secara personal baik untuk individu atau pun syarikat dan juga melalui kelas/seminar, apa yang kami nampak adalah peserta mampu dan berkebolehan untuk ‘absorb’. Kami mempunyai testimoni dan kami sendiri memantau hasil kerja mereka. Sangat memberangsangkan. "
Sebahagian keluarga besar kami!



























